Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU...CIKGU

SELAMAT HARI GURU….CIKGU….
1972…masa tu umur 6 tahun, teringat lagi rumah papan warna hijau yang tak berapa jauh dari rumah Tok Yang ku.. Tak tahulah macam mana mulanya tapi tiba-tiba aku dah bersama-sama dengan beberapa orang budak lain sama-sama belajar di sana. Dalam beberapa bulan sahaja, tapi rasanya macam di syurga. Pakai “baju rumah’ je, sambil meniarap menulis dan membaca. Sampai sekarang aku teringat dengan cikgu Saadiah, aku panggil cikgu Saadi . Putih melepak orangnya, gebu kulit dia. Cikgu aku yang terbaik….sehingga umur dah separuh abad ni ni pun tetap teringat kan dia..
Masuk sekolah rendah…darjah satu hingga empat di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir…tak banyak kenangan di sana….Cuma yang dalam ingatan Cikgu Rahmah Rahmat…adik kepada Dato Muhammad Rahmat…dia ajar ugama….
Sejajar dengan tuntutan dalam kehidupan,  membuatkan aku terpaksa bertukar ke Sekolah Kebangsaan Ayer Molek…sekolah kecil di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru…Ada dua kelas sahaja…Kuning dan Hijau kalau tak silap. Teringat masa darjah Lima..guru kelas Cikgu Rahman,dan Guru Darjah Enam….Cikgu Saat. Di sini juga ada Cikgu Rahim Ahmad, Cikgu Syed Kadir, Mr Singhi,…hanya dua tahun diSKAM tapi ingatan manisnya serasa berada di sini berabad lamanya. Dan cikgu-cikgu inilah yang termasuk dalam senarai guru-guru yang aku sanjungi dan sayangi sehinggalah sekarang. Cikgu yang sering berbual dengan anak-anak murid seperti kawan tetapi masih lagi membuatkan mereka dihormati sebagai seorang guru. Cikgu yang mengeluarkan sikat dari kocek mereka sendiri untuk menyikat rambut pelajar dengan penuh kasih  sayang bila comot kena angin, cikgu yang selalu memuji tanpa batasan bila kerja-kerja siap dengan sempurna dan cantik, cikgu yang bila marah membuat murid-murid takut tapi masih lagi tak sabar menunggu bila cikgu-cikgu ni semua nak masuk semula ke kelas untuk mengajar. Cikgu yang sering bertanya serta ambil tahu tentang kehidupan pelajar. Cikgu-cikgu inilah yang membuatkan aku menjadikan “cikgu” sebagai pilihan utama dalam senarai cita-citaku.
Sekolah menengah aku  lalui seperti pelajar-pelajar lain…ada seorang guru idola. Sepanjang lima tahun di sekolah SETA, aku hanya teringatkan Cikgu Maznah …kecik molek orangnya ,mukanya ada kesan parut (mungkin terbakar atau kemalangan..tapi tiada siapa yang bertanya)…setiap hari akan memakai baju kurung sedondon untuk mengajar…tapi yang paling kekal dalam ingatan ialah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya ketika mengajar serta suaranya yang lembut.
Tahun demi tahun berlalu, bermula dengan sekadar ingin mengelak dari “paper work’ aku memohon kerja di tadika.
Julai 1996, bermulalah aku sebagai seorang “ustazah’ di tadika. Mengajar Jawi….dan selepas itu mendapat kelas sendiri untuk mengajar murid-murid. Rupa-rupanya inilah dunia ku…seorang guru tadika. Tak pernah aku termimpi  untuk menjadi guru tadika, dan yang paling aku tak pernah terfikir aku BOLEH menjadi seorang guru tadika.  
Cuma guru tadika…, hanya mengajar anak-anak yang biasa memegang botol dan permainan untuk menulis dan mewarna. Anak-anak yang biasa menonton TV dirumah di ajar untuk membaca dan mengenal huruf. Di ajar juga untuk berkongsi denga kawan-kawan yang lain. Di pujuk sekiranya menangis rindukan ibu atau ayah, di dakap dan di belai sekiranya ketakutan atau kesepian, di usap atau ditiup luka mereka bagi mengelakkan kesakitan. Guru tadika ini jugalah yang mengajar erti memberi dan menjawab salam, ucapan terima kasih atau Thank you,..mencuci sekiranya anak-anak macam-macam ter…”kencing, berak, muntah”   dan yang paling penting mengasihi anak-anak ini semua dengan  sepenuh hati dan ikhlas…
Kawan-kawan yang pernah berkongsi ilmu sepanjang aku mengajar dulu..mengajar aku  menjadi guru serta ibu bapa yang baik buat para pelajar semua,..Almarhumah Asnah Yusuf, Teacher Aishah Nasir,  Teacher Shashi, Teacher Mala…Puan Hamimah….Mereka ini semua membuatkan senarai guru-guru idolaku semakin panjang…
Dan sekarang, di tadika kecilku sendiri, aku bersama guru-guruku yang gigih ini meneruskan usaha murni mengajar, mendidik, mengasihi serta menyayangi anak-anak kecil ini sepenuh hati, membekalkan mereka dengan pelajaran serta  nilai-nilai murni agar menjadi kebanggaan semua. Sesungguhnya kami  sangat bangga menjadi guru tadika…kerana di sinilah permulaan bagi segala-galanya bagi anak-anak ini….waima sekiranya mereka bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri…..
Buat semua guru-guru….”SELAMAT HARI GURU”…

Teristimewa untuk guru-guru di TADIKA QASEH RAIHAN.....anda semua adalah guru yang sangat istimewa……